Friday, February 6, 2009

Seminar Nota Efisien

Bagan Terap, 6 Feb. - Unit Kaunseling dibawah kelolaan En. Azmi selaku Guru Kaunseling telah mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Nota Efisien 2009 pada hari Khamis, 5 Februari 2009.



Seminar yang dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Tiada pelajar yang terkecuali dari menghadiri seminar julung-julung kali tersebut. Ceramah mengenai catatan nota efisien itu disampaikan oleh En. Nurul Fawzan b. Khalid, Kaunselor Praktikal SMK Bagan Terap itu telah memberikan kesan yang mendalam buat pelajar-pelajar.

Tunjuk ajar dan tips-tips dalam membuat nota merangsang minat pelajar untuk belajar dengan lebih tekun lagi di masa akan datang. Semoga ianya dapat memberi impak positif dan diamalkan oleh pelajar supaya subjek-subjek peperiksaan PMR, SMA dan SPM mampu meraih kecemerlangan pada tahun ini insyaallah.

No comments:

Post a Comment