Wednesday, March 25, 2009

Post Mortem SPM 2008

Bagan Terap, 23 Mac - Satu perjumpaan bagi membincang dan membentangkan laporan berkaitan keputusan SPM tahun 2008 telah diadakan oleh Pengetua dan Kurikulum pada hari Isnin jam 3.00 petang. Post-mortem yang dihadiri oleh Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia itu turut dikejutkan apabila pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam (SPI) dan En. Mokhtar Malijo dari PPD Sabak Bernam turun padang bagi memantau laporan post-mortem tersebut.



Ini berlaku kerana didapati peratusan, kuantiti dan kualiti SPM bagi tahun 2008 jatuh dengan begitu mendadak sekali. Pihak sekolah dimaklumkan bahawa SAM Bagan Terap mendapat kedudukan terakhir dalam carta sekolah-sekolah menengah biasa dan sekolah agama di daerah Sabak Bernam ini.

No comments:

Post a Comment