Bagan Terap, 30 Mei - Bermula tarikh 20/5/2009 hingga 30/5/2009 adalah merupakan minggu Bahasa Arab. Program yang dianjurkan oleh Bidang Bahasa dibawah kelolaan Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama Unit Ko-Kurikulum telah berlangsung dengan baik dan lancar.
Aktiviti yang dijalankan bersempena minggu ini adalah bercerita, qasidah, nasyid, perbualan, teka perkataan, kuiz dan treasure hunt. Kesemua aktiviti tersebut dijalankan secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, sedikit masa diambil dari perhimpunan harian seperti menyampaikan cerita, perbualan dan teka perkataan dalam bahasa Arab.
Alhamdulillah sambutan kepada program ini amat menggalakkan. Semoga usaha yang dijalankan oleh Pn. Fahitah dan panitianya berjaya memberi galakan dan motivasi kepada pelajar untuk mencintai bahasa syurga tersebut.
No comments:
Post a Comment