Bagan Terap, 29 Mei - Satu majlis pelancaran telah diadakan di Dewan Utama SAM Bagan Terap bagi memaklumkan kepada pelajar kempen membaca sempena cuti sekolah dengan motonya "JOM KE PERPUSTAKAAN SEMASA CUTI SEKOLAH" dibawah program Nilam yang bertemakan "JOM BACA".
Aktiviti ini dijalankan bertujuan memupuk semangat membaca di kalangan pelajar dan juga warga sekolah supaya sekurang-kurang membaca satu buku sebulan. Saranan yang dicadangkan oleh pihak PPD ini disambut baik oleh warga SAMBT.
Pun begitu majlis yang berlangsung hanyalah makluman sahaja kepada pelajar-pelajar menerangkan betapa pentingnya membaca terutamanya semasa cuti sekolah. Majlis pelancaran terpaksa ditunda ke tarikh lain disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.
"JOM BACA & JOM KE PERPUSTAKAAN SEMASA CUTI SEKOLAH WARGA SAMBT"
Ingatlah pada sabda Rasulullah S.A.W : Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim.
No comments:
Post a Comment