Monday, August 24, 2009

Program Ahlan Ya Ramadhan



Bagan Terap, 22 Ogos - Satu program bagi menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak telah diadakan. Program Ahlan Ya Ramadhan anjuran Bidang Agama dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput penceramah dari Kolej Universiti Islam Selangor sebagai moderator pada hari tersebut.

Program tersebut mendapat sambutann yang hangat dari para pelajar. Ia bermula seawal jam 7.40 pagi dengan bacaan yasin berjemaah kemudian diikuti dengan dua slot ceramah motivasi bersempena bulan Ramadhan. Semua pelajar kelihatan bersemangat mendengar intipati yang disampaikan.

Program julung-julung kali anjuran Bidang Agama dibawah pimpinan Ust. Lokman Aidi b. Othman sememangnya dialu-alukan dan diharap dapat berlanjutan di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment