Thursday, January 1, 2009

Hormati Diri Anda

PENGGAL persekolahan masih berjalan dan seperti biasa pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini akan berusaha memantapkan diri dan semangat mereka dalam menghadapi peperiksaan

Terdapat sebilangan pelajar-pelajar berasa begitu gembira kerana pada hujung tahun ini mereka akan menamatkan pengajian mereka dan seterusnya akan melangkah ke tahap yang lain pula. Manakala tidak kurang pula yang tidak begitu yakin pada diri mereka sama ada mereka dapat menghadapi segala cabaran dengan jayanya.

Ivan Burnell (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa satu cara untuk memberi keyakinan pada diri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri kita adalah penting.

No comments:

Post a Comment