Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ini dalam tips motivasi, saya berkata tentang memandang ke depan. Tadi, selepas membaca buku motivasi Kejayaan Dari Dalam, saya berfikir panjang. Huraian yang diberikan dalam buku itu memang 'meresap' masuk ke dalam diri saya.
Saya melihat ramai yang membaca buku-buku motivasi, pergi ke ceramah motivasi dan meneliti beratus artikel motivasi, namun masih kabur-kabur tentang kejayaan, kecemerlangan dan matlamat yag mahu di capai oleh mereka. Saya tertanya-tanya apa yang masih menahan mereka dari terus melangkah maju ke hadapan, walaupun sudah cukup dengan pengisian motivasi.
Ibarat mengisi air ke dalam sebuah gelas kaca, namun air tu tak penuh-penuh sebab ada kebocoran di di bawah cawan tu yang tak ternampak. Saya juga ada seorang kawan yang dah banyak membaca buku-buku motivasi, namun semua itu bagaikan tidak memberi kesan katanya, dia sendiri yang mengaku pada saya.
Dari apa yang saya kaji, kita tertahan untuk maju ke depan sebab kita sering kali menoleh ke belakang dan sedikit terseksa dek kenangan lalu dan kegagalan yang mencengam jiwa kita.
Bahkan, kita tidak cuba untuk melupakan kenangan pahit tersebut dan menerimanya sebagai sejarah hidup, tapi seringkali rasa terseksa setiap kali mengingatnya, dalam masa yang sama menjadikannya kayu pengukur pencapaian kita sekarang ini.
Kecemerlangan memang tidak tentu akan dicapai, sesuatu yang samar-samar dan bagaikan sesuatu yang mustahil. Namun, orang-orang yang cemerlang tidak menerima kepercayaan begitu, bahkan mereka berkata ia boleh dicapai lalu membuktikan kepercayaan mereka dengan rajin berusaha. Kejayaan masa depan memang tak nampak, tapi ia boleh di rasa.
Anthony Robbins kata, 'the past does not equal the future'. Apa yang berlaku pada kita di masa lalu takkan sama dengan apa yang berlaku hari ini dan di masa hadapan. Kita yang menentukan apa yang berlaku, bergantung kepada perbuatan kita, attitude kita dan mindset kita.
Anda boleh toleh ke belakang, namun jangan sesekali menjadikannya 'sebagai' booster motivasi kerana minda separa sedar akan menangkap keperitan masa lalu di fikiran. Anda dan menariknya datang pada Anda. Kesannya, Anda akan 'tertahan' untuk maju ke depan.
Mengapa? Sebab Anda asyik menoleh ke belakang.
No comments:
Post a Comment