Sabak Bernam, 27 Feb. - Seramai 15 orang guru telah menyertai satu lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Dr. Abd. Latif. Program yang diadakan atas cadangan tuan pengetua telah diadakan pada 26 Februari 2009 bermula jam 3.00 hinggalah 5.00 petang.
Kedatangan kami disambut dengan tangan terbuka oleh warga sekolah di sana. Di samping itu juga Guru Besar sekolah tersebut juga turut berkongsi rahsia kejayaan sekolahnya yang pada tahun 2008 telah memenangi Anugerah Sekolah Cemerlang bagi Kategori Sekolah Luar Bandar. Selain daripada itu juga beliau turut memberikan tips-tip dan nasihat supaya sentiasa bersemangat untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa dan bangsa. Beliau juga menekankan aspek pendidikan agama sebagai teras utama dalam setiap pekerjaan.
Warga SAMBT amat berterima kasih di atas segala panduan dan pandangan serta cadangan yang dilontarkan. Segala yang ditunjukkan akan dijadikan panduan bagi mencorakkan SAMBT ke arah kecemerlangan. Semoga usaha murni bersama ini akan mendapat keberkatan dari-Nya.
No comments:
Post a Comment