Saturday, March 7, 2009

Bengkel Bahasa Melayu & Bahasa Arab



Bagan Terap,7 Mac 2009 - Unit Bahasa dibawah pimpinan GKMP Bahasa, Pn. Siti Khainorliza telah mengadakan satu Bengkel Mengarang Bahasa Melayu dan Bahasa Arab untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar tahun ini. Ia merangkumi bagi subjek peperiksaan PMR, SMA dan SPM. Kerjasama yang ditunjukkan oleh panitia-panitia terbabit amatlah baik.

Panitia Bahasa Melayu misalnya mengadakan satu program iaitu Bengkel Mengarang Bahasa Melayu SPM. Bengkel ini dihadiri pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Begitu juga dengan Panitia Bahasa Arab yang mengadakan program khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Program tersebut dijalankan serentak kerana format peperiksaan antara PMR, SMA dan SPM adalah berbeza antara satu sama lain.

Pun begitu, usaha ini haruslah dipuji kerana inisiatif ini adalah diharapkan dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment