Bagan Terap, 23 Feb. - Satu mesyuarat bagi membincangkan perancangan Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2009 telah diadakan pada hari Isnin, 23/2/2009 jam 3.00 hingga 4.30 petang. Mesyuarat tersebut yang diwakil pengerusikan oleh GPK Pentadbiran, Ust. Abd. Zaman b. Samuri itu telah berlangsung dengan jayanya.
Antara intipati yang dibincangkan adalah pemantapan dan penggunaan maksima Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan ilmu utama di sekolah ini. Selain daripada itu juga, dengan pemupukan suasana membaca ia juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada keberkesanan program nilam. Guru-guru juga diminta sentiasa menggalakkan pelajar-pelajar ke Pusat Sumber untuk mencari buku-buku yang berkaitan bersesuaian dengan kehendak masa dan keadaan sama ada dari pembelajaran mahu pun menambah pengetahuan.
Mesyuarat itu juga turut menyentuh tentang Program Nilam iaitu suatu program galakan membaca di kalangan pelajar-pelajar. Keterbukaan dalam aspek pembacaan yang tidak hanya mengelaskan bahan-bahan fiksyen dan bukan fiksyen merupakan satu saranan yang amat baik. Ini secara tidak langsung akan menjurus pelajar merekod apa-apa sahaja bacaan yang diperolehi dari Pusat Sumber Sekolah terutamanya bahan-bahan seperti artikel, buku-buku keagamaan dan sebagainya. Cadangan untuk mewujudkan sudut baca bagi setiap kelas juga dilihat amat berkesan bagi memastikan kemenjadian program Nilam tersebut.
Adalah diharapkan pelajar-pelajar sekolah ini dapat mengambil peluang dan inisiatif di atas program yang dijalankan. Moga-moga usaha ini akan berterusan dan efektif.
No comments:
Post a Comment