Monday, February 23, 2009

Perasmian Program Nilam Peringkat SAMBT 2009

Bagan Terap, 23 Feb. - Upacara perasmian Program Nilam Peringkat Sekolah bagi tahun 2009 telah diadakan di perhimpunan mingguan, Isnin 23/2/2009 bermula jam 7.40 pagi dan berakhir 8.15 pagi. Program telah berjaya disempurnakan oleh Tn. Pengetua SAMBT, Tn. Hj. Mohd Shaharoni b. Abd. Basir.



Memetik ucapan daripada Tn Pengetua yang menyebut sebagaimana yang disebut oleh pepatah melayu, membaca adalah jambatan ilmu. Ini disokong pula oleh hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang juga menyatakan "Tuntutlah Ilmu walau ke Negeri China". Proses tuntutan ilmu dan belajar merupakan satu usaha berterusan. Namun dalam aspek Program Nilam misalnya anjuran galakkan membaca terutamanya di sekolah dapat memberi kesedaran dan impak membaca sebagai nadi kehidupan. Ini kerana terkadang kita leka dengan gelombang dan suasana persekitaran yang cenderung ke arah materialistik dan mengejar keduniaan semata-mata. Hanya dengan pembacaan dapat mendorong manusia bersifat realistik dan berfikiran positif sesuai dengan situasi semasa.

Antara tentatif program yang berlangsung dalam tempoh yang singkat itu adalah persembahan koir Nilam yang disampaikan oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah sesi 2009. Tidak ketinggalan dalam menyertai acara pada pagi tersebut ialah partisipasi pelajar, Mohd Afiq b. Selamat, pelajar tingkatan 5 Rahmah dengan dipimpin oleh Panitia Bahasa Inggeris di bawah Pn. Hartini yang menyampaikan sebuah lagu dalam Bahasa Inggeris.

Program yang diketuai oleh Pn. Juriah bt. Mohd Anit ini dilihat berjaya berlangsung dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada Guru Perpustakaan dan Media ini. Semoga aktiviti yang dirancang berjaya disempurnakan dengan cemerlang.

No comments:

Post a Comment